Panduan lengkap pengusaha F&B menguruskan air sebagai Titik Kawalan Kritikal (CCP) di dapur terpusat & kilang makanan menggunakan sistem sah JAKIM.

Panduan Lengkap Central Kitchen Water Filter Malaysia: Menjamin Integriti Halal Industri Anda

Panduan Lengkap Central Kitchen Water Filter Malaysia: Menjamin Integriti Halal Industri Anda

Apabila perniagaan F&B berkembang ke arah Central Kitchen (Dapur Terpusat) atau kilang pemprosesan makanan, cabaran kepatuhan Halal menjadi lebih teknikal. Di zon industri seperti Shah Alam, Pasir Gudang, dan Bayan Lepas, air bukan sekadar kemudahan—ia adalah bahan mentah berskala besar.

Jika anda sedang mencari Central kitchen water filter Malaysia, anda perlu tahu mengapa JAKIM mengklasifikasikan air sebagai Titik Kawalan Kritikal (CCP).

Kenapa Sistem Air Industri Diaudit Dengan Ketat?

Kami merujuk kepada En. Mohd Safzan bin Mohd Mukhtar dari Bahagian Pengurusan Halal JAKIM untuk mendapatkan perspektif industri.

"Sama ada di rumah ataupun industri... dia akan ada direct contact sama ada dengan makanan ataupun peralatan-peralatan yang digunakan untuk membuat makanan tu sendiri," jelas En. Safzan.

Di dapur pusat, air menyalurkan segalanya daripada periuk didihan besar sehingga mesin stim industri. Jika Penapis air industri Halal anda tidak disahkan, setiap kelompok (batch) makanan yang dihasilkan berisiko terbatal status Halalnya.

Ancaman Arang Tulang di Zon Industri

Banyak kilang di Pasir Gudang atau Shah Alam tanpa sedar menggunakan penapis industri import yang mengandungi Bone Char (arang tulang haiwan).

En. Safzan memberi amaran:

"Komponen karbon... ia berasal daripada sumber haiwan yang haram (babi) ataupun sumber haiwan halal tapi tidak disembelih. Jadi makanya ianya haram."

Bagi syarikat, ini adalah bencana kewangan. Satu "Notis Ketidakpatuhan" boleh menghentikan barisan pengeluaran anda selama berminggu-minggu.

Panaxy: Rakan Strategik Water Filter Halal Pasir Gudang / Shah Alam

Panaxy Filtration membekalkan sistem gred industri (sehingga 912,000 Liter) yang direka khas untuk sektor F&B Malaysia.

  • Pengiktirafan SPHM: Panaxy memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia water filter, memudahkan proses audit anda.

  • Teknologi Marmon Water: Menggunakan teknologi MATRIKX® daripada syarikat Berkshire Hathaway, kami menjamin penapisan tanpa unsur haiwan.

  • Kadar Aliran Tinggi: Direka untuk mengekalkan tekanan air walaupun semasa waktu puncak pengeluaran di zon industri yang sibuk.

Kesimpulan: Lindungi Masa Depan Bisnes Makanan Anda

Pastikan sistem air anda bukan punca kegagalan audit. Sama ada anda mencari Water filter Halal KL / Selangor atau persediaan industri di Johor, Panaxy adalah satu-satunya jenama yang menggabungkan kejuruteraan global dengan sijil sah JAKIM.

Back to blog